Pemandu maut treler terbabas

BENTONG – Seorang lelaki maut selepas treler dipandunya terbabas di Kilometer 44.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu berlaku ketika mangsa, K. Gururaja, 53, dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Temerloh.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu treler dipercayai hilang kawalan semasa melalui satu selekoh dan terbabas di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu treler yang gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

Kredit: Kosmo! Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *