Hanya pesakit disaring RT-PCR dimasukkan ke PKRC Kelantan

KOTA BHARU – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini hanya akan menerima pesakit yang disahkan positif tahap satu, dua dan tiga menerusi ujian pengesanan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) sahaja mulai esok.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Zurairie Mohd. Zubir berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira keputusan ujian RT-PCR yang lebih tepat berbanding ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag).

Katanya, pendekatan itu bertujuan mengoptimum sumber sedia ada selain mengurangkan tenaga kerja para petugas di 14 PKRC yang masih beroperasi di seluruh negeri.

“Lokaliti kluster yang kadar jangkitannya lebih tinggi akan terus menggunakan ujian RTK-Ag atau ditentukan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) negeri serta CPRC Kementerian Kesihatan.

“Bagi kluster yang disahkan positif menerusi ujian RTK-Ag, pesakit ditempatkan di asrama Hospital Tengku Anis Pasir Puteh dan asrama Hospital Pasir Mas. Mereka perlu menjalani ujian RT-PCR terlebih dahulu sebelum ditempatkan ke PKRC lain,” katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi PKRC Tanjung Chat di sini hari ini.

Kredit : Kosmo ! Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *