JKM agih 28,097 bakul makanan di Pahang

 

ROMPIN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengagihkan sebanyak 28,097 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di negeri ini.

Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, agihan bantuan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) itu dilakukan secara berperingkat bermula April lalu yang dijangka selesai sepenuhnya akhir bulan ini.

“Program bakul makanan Permai bernilai RM100 setiap satu ini diberikan kepada individu yang layak, kebanyakannya diberikan kepada penerima bantuan bulanan JKM seluruh negeri.

“Pegawai JKM di peringkat daerah bertanggungjawab sepenuhnya mengagihkan bantuan keperluan asas berkenaan seperti beras, minyak masak, tepung, sardin, mee hoon dan gula,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkhairi, bantuan yang diberikan diharap dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan meneruskan kehidupan sepanjang PKP 3.0 yang berakhir pada 28 Jun ini.

“Kuantan menjadi daerah terbanyak menerima program bakul makanan Permai iaitu sebanyak 6,388 diikuti Temerloh (3,759), Pekan (3,662), Lipis (2,300), Bentong (2,114), Bera (2,002),Rompin (1,972) dan Jerantut (1,937), Raub (1,567), Maran (1,565) dan Cameron Highlands (576),” katanya.

Kredit : Kosmo! Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *