Penduduk PKPD sukar dapat barang basah

 

TUMPAT – Kekangan untuk mendapat barangan basah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Ketil di sini mendorong pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan individu menyumbang sebanyak 350 bungkusan bekalan makanan di kawasan itu, hari ini.

Pengerusi Sekretariat Bertindak Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Rosidi Mahmud Kamaruddin berkata, pelbagai barangan itu dibeli selepas pihaknya mengumpul sebanyak RM11,000 hasil sumbangan NGO dan individu.

Menurut beliau, pihaknya menerima keluhan dan aduan penduduk mengalami kekurangan barangan basah untuk memasak seperti sayur, ikan, ayam dan makanan ringan ekoran pergerakan mereka yang terhad.

“Kami berharap sumbangan ini dapat menampung bekalan makanan harian penduduk PKPD Kampung Ketil.

“Penduduk di sini juga tidak tercicir dan bantuan makanan asas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa diterima. Bagaimanapun, kami tetap menjalankan kerja-kerja untuk membantu penduduk di kampung itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan mengagihkan barangan bantuan di PKPD Kampung Ketil hari ini.

Katanya, berdasarkan maklumat, masih ramai penduduk kampung itu yang belum menjalani ujian saringan Covid-19 meskipun sudah seminggu PKPD dijalankan di kampung itu.

Terdahulu, dua lokaliti di Tumpat iaitu Kampung Kutan Tengah dan Kampung Ketil dikenakan PKPD bermula 12 Jun sehingga 24 Jun ini selepas berlaku penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Kredit : Kosmo! Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *