Kes baharu Covid-19 meningkat, 5,738 kes direkod hari ini

 

PETALING JAYA: Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 5,738 kes dicatatkan hari ini berbanding 5,150 kes semalam.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan dengan 1,086 kes berbanding 607 kes semalam; Kuala Lumpur dengan 641 kes berbanding 480 kes semalam; Johor dengan 449 kes berbanding 392 kes semalam; Sabah dengan 248 kes berbanding 184 kes semalam serta Melaka dengan 184 kes berbanding 152 kes semalam.

Negeri Selangor mencatatkan penurunan iaitu 1,858 kes berbanding 1,914 kes semalam, begitu juga dengan Sarawak dengan 559 kes berbanding 570 kes semalam.

Selain itu, Kelantan mencatatkan 154 kes; Kedah (197 kes); Labuan (97 kes); Pulau Pinang (97 kes); Perak (30 kes); Pahang (54 kes); Terengganu (77 kes); Perlis (0 kes) dan Putrajaya (tujuh kes).

Kredit : Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *