Raja-Raja Melayu bersidang 2.30 petang ini

 

KUALA LUMPUR: Sembilan Raja-Raja Melayu akan bersidang bermula pukul 2.30 petang ini di Istana Negara bagi membincangkan perkara berkaitan pandemik Covid-19, sosial, ekonomi serta semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mempengerusikan perbincangan tersebut.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijalankan selepas Yang di-Pertuan Agong selesai menerima sembah maklum semua ketua parti politik kerajaan dan pembangkang minggu lalu.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda juga menerima perkenan menghadap beberapa pakar agensi kerajaan yang juga dijadualkan memberi sembah taklimat di hadapan Majlis Raja-Raja hari ini.

Menurutnya, mereka juga akan memaklumkan hal-hal berkaitan isu kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara daripada pandangan masing-masing.

Kredit : Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *