Belanja RM1,500 hasilkan mural tarik pelanggan

 

KUALA NERUS: Pasangan suami isteri membelanjakan kira-kira RM1,500 bagi menghasilkan mural di kafe milik mereka di Taman Chonang Jaya di sini dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan.

Suziyana Yusof, 41, berkata, cetusan idea itu timbul bagi mempromosikan Nusuk Cafe yang diusahakan bersama suami, Ahmad Rizal Abdul Wahab, 41, terutama dalam mengharungi tempoh mencabar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, penghasilan mural secawan kopi yang baharu disiapkan minggu lalu itu berjaya menarik perhatian ramai sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan di samping jualan di kafenya.

“Apabila ada mural ini sekurang-kurangnya dapat menjadi daya penarik pelanggan untuk datang ke Nusuf Cafe ketika PKP dan mereka juga boleh bergambar selepas mengambil pesanan makanan atau minuman.

“Saya tidak sangka sambutan menggalakkan dan gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial turut membantu membolehkan Nusuk Cafe lebih dikenali ramai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suziyana berkata, Nusuk Cafe yang menyediakan pelbagai jenis minuman kopi di samping makanan dan pencuci mulut kini membuka cawangan kedua di Pantai Batu Buruk.

Katanya, dia dan suami turut merancang untuk menambah lagi cawangan baharu selepas PKP berakhir.

Kredit : Utusan Online

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *