Covid-19: 5,419 kes hari ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan merekodkan jumlah jangkitan harian Covid-19 sebanyak 5,419 di seluruh negara.

Kes hari ini meningkat sebanyak 470 kes selepas negara semalam mencatatkan penurunan kepada 4,929 kes.

Jumlah keseluruhan kes wabak sejak penularan adalah 667,876 kes.

Selangor bagaimanapun kekal sebagai negeri dengan rekod tertinggi iaitu sebanyak 1,996 kes diikuti Sarawak (718) dan Kuala Lumpur (650).

Negeri-negeri lain iaitu Negeri Sembilan (396); Johor (366); Kedah (252); Kelantan (245); Sabah (230); Melaka (155); Labuan (138); Pulau Pinang (124); Perak (68); Terengganu (43); Pahang (32); Putrajaya (5) dan Perlis (1).

Kredit : Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *