12 hari gangguan air di Kota Bharu Utara, Timur

 

KOTA BHARU: Beberapa lokasi di kawasan Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Timur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selama 12 hari bermula 13 hingga 24 Jun depan.

Notis Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) menerusi akaun rasmi Facebooknya, Air Kelantan Official memberitahu, gangguan itu melibatkan 6,450 akaun pengguna bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari bekerja sahaja.

“Gangguan bekalan berikutan kerja-kerja perkhidmatan pam telaga di Loji Rawatan Air (LRA) Tanjung Mas, di sini adalah bagi meningkatkan sumber air bersih dan terawat.

“Dijangka berlaku gangguan kuantiti dan kualiti bekalan air daripada loji tersebut semasa kerja dilakukan,” kata notis tersebut.

Antara lokasi di Kota Bharu Utara yang mengalami gangguan bekalan air ialah Taman Huda Murni, Kampung Kubang Tuman, Taman Sabariah, Kampung Gayong dan sekitarnya.

Turut terlibat kawasan sekitar Tanjung Chat iaitu Lorong Masjid Batu 2 dan Padang Bongor, di sini serta kawasan Tanjung Mas meliputi Berek 12, Jalan Pengkalan Chepa, Lorong Yunus, Jalan Hospital, Jalan Bayam, Taman Azam dan Taman Na Beng Kool.

Bagi Kota Bharu Timur pula, kawasan terlibat ialah 8 Briged, Taman Sri Baung, Pulau Panjang, Kampung Cherang, Kubang Panjang, Kampung Belukar, Pulau Kapas, Kampung Jambu, Rambutan Rendang dan Chekok.

Kredit : Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *