700 penduduk Kampung Ketil jalani ujian saringan

 

TUMPAT – Seramai 700 orang daripada 1,357 penduduk di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam telah menjalani ujian saringan Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat berkata, beliau menjangkakan baki penduduk di kawasan itu akan menjalankan ujian saringan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 1 di sini pada hari ini.

“Saya berharap semua penduduk di kawasan PKPD itu hadir menjalani ujian hari ini. Jika ada yang masih berdegil, kita akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

“Setakat ini, saya dapati penduduk memberi kerjasama yang baik apabila mereka pergi ke pusat saringan di SK Pengkalan Kubor 1 bermula Khamis lalu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan sebanyak 600 bungkusan makanan keperluan asas kepada penduduk di Kampung Ketil di sini hari ini.

Penyerahan makanan itu mampu bertahan dalam tempoh tiga hari dan bantuan akan dijalankan sepanjang PKPD dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Kredit : Kosmo! Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *