6,849 kes baharu dicatatkan hari ini

 

PETALING JAYA: Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 6,849 kes baharu penularan wabak Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu kepada 646,411.

Selangor terus mencatatkan kadar jangkitan tertinggi dengan 2,558 kes dan disusuli Kuala Lumpur yang merekod 884 kes baharu dan 699 kes di Sarawak.

Sementara itu, Perlis hanya merekodkan dua kes baharu sementara 10 kes direkodkan di Putrajaya dan 66 kes di Terengganu. Negeri-negeri lain terus mencatatkan tiga angka.

Jumlah kes hari ini menunjukkan peningkatan kes berbandingkan semalam iaitu 5,671 kes penularan wabak itu.

Kredit : Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *