Budak lelaki dua tahun mati disyaki akibat dera

KUANTAN: Seorang budak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan lebam di  badan, dipercayai menjadi mangsa dera.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintenden Zamry Alli berkata, polis menerima kejadian tersebut selepas dihubungi pegawai dari Hospital Betong memaklumkan seorang kanak-kanak meninggal dunia pada jam 3.45 petang semalam.

“Mangsa dihantar ke hospital oleh keluarganya pada jam 3 petang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati beberapa kesan kecederaan dan lebam di badan kanak-kanak itu berkemungkinan menyebabkan kematiannya.

Kata beliau, polis menahan empat ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang berumur 22 hingga 65 tahun, termasuk ibu bapa kandungnya.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi membantu siasatan.

Kredit : Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *