Covid-19: 6,241 kes baharu dilaporkan hari ini

KOTA BHARU – Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilapor hari ini sedikit menurun apabila mencatatkan 6,241 kes berbanding 7,452 kes semalam.

Daripada jumlah tersebut, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,178 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 616,815 kes direkodkan setakat ini.

Menurut beliau, Kuala Lumpur pula mencatatkan 415 kes, Sarawak (600); Negeri Sembilan (556), Johor (565); Kelantan (270); Pulau Pinang (271); Perak (174) dan Sabah (305).

Selain itu, Melaka mencatat 225 kes; Kedah (125); Terengganu (158); Pahang (155); Labuan (212); Putrajaya (30) ; manakala di Perlis hanya dua kes direkodkan.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *