Covid-19: Enam kes kematian di Kelantan

KOTA BHARU – Sebanyak enam kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan keseluruhan kes kematian di Kelantan setakat ini adalah 154 kes.

Kesemua kes membabitkan warganegara yang berusia 35 hingga 83 tahun termasuk seorang warga emas yang tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit.

Kes kematian berkenaan direkodkan di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Hospital Sultan Ismail Petra, Hospital Gua Musang dan Hospital Universiti Sains Malaysia.

Secara keseluruhannya, Malaysia merekodkan 109 kes kematian akibat Covid-19, hari ini.

Kredit : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *