Syamsinar rindu nak dengar suara suami

GUA MUSANG – Seorang isteri, Nur Syamsinar Sudin, 29, hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban berlaku agar suaminya yang terlantar koma sejak dua tahun lalu akibat kemalangan kembali sedar seperti biasa.

Nur Syamsinar Sudin yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil di sini berkata, walaupun doktor memaklumkan mustahil untuk suaminya, Aziz Ibrahim, 31, sembuh,  harapannya tidak pernah pudar.

Menurut wanita itu, suaminya yang pernah bekerja sebagai jurujual kerusi urut terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah pada 18 Januari 2019.

Katanya, selepas motosikal yang ditunggang Aziz bertembung dengan sebuah kereta, dia mengalami pendarahan di kepala sehingga tempurung kepala terpaksa dibuang, selain patah tengkuk dan dua pergelangan tangan.

NUR Syamsinar Sudin menguruskan suami di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN

“Selepas kemalangan itu, suami saya yang koma terpaksa menjalani pembedahan tiga kali termasuk kepala yang bengkak dipenuhi air dan tulang belakang,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini semalam.

Tambahnya, Aziz mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seba nyak RM500 yang digunakan bagi membeli lampin pakai buang dan susu.

Katanya, bagi menampung perbelanjaan makan dan minumnya dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun, dia terpaksa menjual nasi kerabu setiap hari.

“Biarpun rawatan perubatan tidak lagi menjamin kesembuhan, tetapi saya yakin dengan kekuasaan Allah.

“Jika dia sedar suatu hari nanti dan tidak sempurna seperti dulu, namun saya tetap terimanya kerana rindu sangat nak dengar suaranya serta buka mata seperti selalu,” katanya.

Ketika wanita itu keluar berniaga, ibunya, Fazilah Awang, 63, mengambil tugas menjaga menantunya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank milik Nur Syamsinar bernom bor 162898032093 atau menghubunginya di talian 018-9161237.

Kredit : Utusan Malaysia

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *