UMNO Jerantut ucap tahniah kepada Wan Rosdy

Nazri Ngah (kiri) bersama Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) dalam satu majlis di Jerantut

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail setelah berjaya mentadbir negeri ini dengan baik dalam tempoh tiga tahun.

Ketuanya, Datuk Nazri Ngah berkata, pemilihan Wan Rosdy sebagai Menteri Besar pada 15 Mei 2018 bagi menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob merupakan satu pilihan yang tepat.

“Pada awalnya ada orang pertikai kredibiliti Wan Rosdy untuk mentadbir negeri ini apabila Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh majoriti di Pahang dan Perlis.

“Apa sahaja tanggapan negatif yang dilemparkan kepada beliau berjaya ditangkis dengan baik malah beliau telah membuktikan kemampuannya sehingga kini,” katanya.

Menurutnya, Wan Rosdy juga merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat apabila banyak bantuan disalurkan oleh kerajaan negeri tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

“Secara peribadi, saya amat kagum dengan kebolehan yang ada pada Wan Rosdy kerana sepanjang pentadbirannya terlalu banyak cabaran yang dihadapi,” ujarnya.

Tambahnya, beliau yakin rakyat amat senang hati dengan kepimpinannya yang selalu turun padang untuk menyelami masalah rakyat terutama ketika mereka ditimpa pelbagai musibah.

“Kami semua doakan agar Wan Rosdy sentiasa sihat dan Allah mudahkan segala urusannya bagi memastikan pembangunan yang lebih mantap di negeri ini- Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *