UMNO Jerantut agih 1,200 bekas bubur lambuk

Nazri Ngah mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di Bukit Rang, Jerantut semalam

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut mengagihkan 1,200 bekas bubur lambuk kepada pengguna jalan raya sekitar daerah ini semalam.

Ketuanya, Datuk Nazri Ngah berkata, agihan dibuat di empat lokasi iaitu Jalan Jerantut – Maran dekat Bukit Rang, Jerantut Feri, pusat bandar dan Jalan Jerantut – Benta di Damak.

“Agihan bubur lambuk merupakan acara tahunan kita bagi mempupuk kerjasama yang erat pemimpin parti dan masyarakat.

“Walaupun kita bergelut dengan wabak pandemik Covid-19 namun gotong-royong memasak bubur lambuk tetap dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya.

Pemuda UMNO Jerantut mengedarkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di bandar Jerantut baru-baru ini

Terdahulu, Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bersama Skuad Sabil Jerantut mengagihkan 1,200 bekas bubur lambuk di bandar Jerantut. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *