UMNO Jerantut kesal ada individu jadi batu api lagakan rakyat dan institusi beraja

Nazri Ngah menunjukkan salinan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut hari ini

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut kesal dengan tindakan segelintir individu yang menjadi batu api untuk menimbul kebencian rakyat terhadap institusi beraja di negara ini.

Ketuanya, Datuk Nazri Ngah berkata, tindakan individu terbabit perlu disiasat mengikut Akta Hasutan kerana cuba mempengaruhi rakyat untuk memburukkan sistem beraja.

“Apa yang dilakukan oleh individu berkenaan lebih kepada kepentingan peribadi dan politik kerana rakyat tidak pernah benci kepada institusi beraja.

“Kami rakyat jelata sangat menghormati sistem beraja yang diamalkan di negara ini umpama pepatah raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut hari ini terhadap individu yang terbabit agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.

“Kita tidak mahu mereka yang mempunyai kepentingan politik ini menghasut rakyat untuk membenci raja-raja Melayu,” ujarnya. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *