Mualaf nyaris disemadikan cara bukan Islam

TUMPAT – Seorang lelaki mualaf nyaris disemadikan mengikut ajaran Buddha di Kampung Terbak, hari ini.

Eh Sau Chau Ting, 61, meninggal dunia pada Jumaat di rumahnya di Kampung Terbak dan mayatnya ditempatkan di Wat Cheng Buddhaves Kampung Terbak untuk upacara pembakaran mayat pada jam 1.30 tengahari.

Bagaimanapun, terbongkar arwah seorang Islam apabila surat nikahnya  berkahwin dengan wanita Islam di Majlis Agama Wilayah Satun Selatan Thailand tular di facebook Cikgu Joe Satun dan di Facebook Gi Mekah Nga Mutor.

Arwah pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visa dan disebabkan Covid 19, dia tidak dapat pulang ke rumah Isterinya di Thailand.

Keluarganya tidak mengetahui arwah memeluk Islam dan dikatanya mempunyai dua orang anak di Thailand hasil perkahwinan tersebut.

Bertindak daripada maklumat tular itu, Imam Muda Masjid Ismaili Bandar Tumpat, Mohammad Fakhrul Shafik Mohd Zabidi ke wat terbabit  menuntut mayat arwah untuk dikebumikan cara Islam.

Katanya, sebelum itu pihak  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berhubung dengan pihak agama di Thailand untuk mendapatkan dokumen pengesahan.

“Arwah seorang Islam dengan nama Soleh Abdullah, kami juga ada dokumen pengesahan arwah sudah memeluk Islam.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan hari ini, keluarga arwah memberi  kerjasama yang baik.

“Mayat arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk dijangka petang ini selepas selesainya bedah siasat di Hospital Tumpat.

“Pihak masjid akan mandikan jenazah arwah dan kebumikannya, ” katanya.

Kredit :Sinar Harian

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *