Hujan lebat dan ribut landa Jerantut malam tadi

JERANTUT – Hujan lebat dan ribut melanda beberapa kawasan di daerah ini malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.45 malam itu menyebabkan pelbagai kerosakan berlaku termasuk di kawasan tapak Ekspo Perniagaan Jerantut di Bandar Inderapura, di sini.

Tinjauan Utusan Timur mendapati hampir 10 kanopi dan barang niaga rosak disebabkan kejadian itu.

Beberapa buah rumah turut mengalami kerosakan manakala kanopi yang dididirikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam Mat Kilau turut diterbangkan angin kuat. – Utusan Timur

Kanopi di Tanah Perkuburan Islam Mat Kilau turut diterbangkan angin kuat malam tadi

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *