Obor-obor serang Pantai Tok Bali

Obor-obor serang Pantai Tok Bali

 

PASIR PUTEH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh menaikkan bendera merah di Pantai Tok Bali, hari ini susulan penemuan obor-obor bulan sejak beberapa hari lalu.

Pegawai APM Pasir Puteh, Kapten Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, amaran tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan orang ramai disengat hidupan marin daripada keluarga Aurelia Aurita itu yang mana boleh menyebabkan kegatalan kulit.

Katanya, Pasukan Penyelamat Pantai APM menemui sekitar 15 ekor obor-obor jenis moon jellyfish spesies aurelia aurita di sekitar pantai itu.

Tambahnya, bendera merah telah dinaikkan sebagai tanda amaran kepada pengunjung agar tidak mandi di kawasan tersebut.

“Pengunjung diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak menyentuh haiwan itu.

“Jika ada yang terkena sengatan obor-obor mereka perlu terus menghubungi atau merujuk Pasukan Penyelamat Pantai yang bertugas di kawasan itu,”katanya dilapor Sinar Harian.

Tambah Nik Mohd Nor,  jika disengat orang ramai boleh menggosokkan bahagian yang disengat dengan pasir pantai sebelum membersihnya dengan air mengalir.

Bagaimanapun katanya, mereka yang mempunyai alergi akan berdepan bahaya jika terkena sengatan obor-obor.
Kredit : Kelantan Updates

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *