Pengusaha ikan sangkar rugi RM30,000

Kejadian ikan patin mati cetus tanda tanya penduduk di Kampung Lada, Jerantut semalam

JERANTUT – Seorang pengusaha ikan sangkar di Sungai Pahang dekat Kampung Lada, di sini kerugian RM30,000 apabila ikan patin miliknya mati sejak kelmarin.

Afzalrullah Isharum, 28, berkata, dia kebingungan apabila hampir 18,000 ekor ikan patin miliknya mati.

“Ini adalah kali kedua saya menanggung kerugian besar selepas banjir besar 2014.

“Saya dan pengusaha ikan sangkar yang lain tidak tahu apa puncanya dan air sungai sangat keruh sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Menurutnya, hampir semua 16 sangkar miliknya terjejas dan berharap punca sebenar musibah itu dapat dikenalpasti secepat mungkin.

“Pihak Jabatan Perikanan akan datang untuk mengambil sampel air bagi mencari punca sebenar ikan-ikan ini mati,” jelasnya. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *