42 masjid terima sumbangan Ihya Ramadan

Nazri Ngah (kanan) menyerahkan sumbangan Ihya Ramadan kepada seorang wakil masjid di Dewan Terbuka Galeri Mat Kilau, Jerantut hari ini

JERANTUT – Sebanyak 42 masjid di daerah ini menerima sumbangan Ihya Ramadan di Dewan Terbuka Galeri Mat Kilau, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, sumbangan kewangan itu diberikan bagi membolehkan masjid menganjurkan program sepanjang Ramadan.

“Kita turut bekalkan 50 kilogram beras kepada setiap masjid dan mereka boleh mengadakan program berbuka puasa.

“Kita juga memilih lapan surau untuk menerima sumbangan ini dan berharap program memgimarahkan masjid dan surau sepanjang Ramadan ini berjalan lancar,” katanya.

Menurutnya, agihan bantuan telah diberikan kepada 18 masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, DUN Tahan (12) dan DUN Damak (12).

“Alhamdulillah, tahun ini kita dibenarkan solat sunat tarawih di masjid dan surau jadi umat Islam perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin setelah kita hanya mampu solat di rumah pada tahun lepas,” ujarnya. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *