Wartawan veteran meninggal dunia

Abang Din (kiri) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh hari ini

TEMERLOH – Bekas wartawan veteran, Harun@Sharifuddin Mohamed, 70, atau lebih dikenali dengan panggilan
Abang Din meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada pukul 10.53 pagi tadi.

Allahyarham yang pernah bertugas sebagai pemberita bersama Berita Harian, NTV7 dan Bernama hampir 50 tahun dikatakan menderita penyakit buah pinggang sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Anaknya, Nurhazwani Nadia Harun berkata, Allahyarham bapanya sebelum ini menerima rawatan di hopsital tersebut pada 15 dan 24 Mac lalu.

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada hari ini di Tanah Perkuburan Kuala Kerdau selepas solat Asar,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Normala Hamzah, 62, serta dua ornag anak dan dua cucu. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *