Polis Kelantan saman polis

Polis Kelantan saman polis

KOTA BHARU – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kelantan mengeluarkan 22 saman kepada anggota polis dalam Op Khas (Pemeriksaan Kenderaan) secara mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Pintu Masuk Perumahan Polis, Jalan Bayam di sini, hari ini.

Ops Khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen, Superintendan Zamri Mohd Rawi itu memeriksa sebanyak 150 kenderaan termasuk 30 buah motosikal.

Polis Kontinjen Kelantan pada kenyataan di laman sosial, Facebook berkata, kesalahan paling banyak dikesan pada ops tersebut adalah melibatkan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi (fancy).

Katanya, operasi yang bermula seawal jam 7 pagi tersebut melibatkan semua kenderaan persendirian pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

Objektif utama operasi pemeriksaan tersebut adalah untuk memeriksa kenderaan yang digunakan oleh warga kerja PDRM yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya terutama pada mereka yang mengubahsuai kenderaan dan menggunakan nombor pendaftaran fancy.

Difahamkan pemeriksaan tersebut adalah operasi rutin PDRM dalam memastikan pegawai dan anggotanya sentiasa patuh dan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya supaya dapat menjadi teladan kepada masyarakat amnya.

Gambar : Polis Kontinjen Kelantan

Kredit : Kelantan updates

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *