ADUN Pulau Tawar dan lebih 200 warga pendidik terima suntikan vaksin Pfizer

Nazri Ngah menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer di Klinik Kesihatan Bandar Jerantut hari ini

JERANTUT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah dan lebih 200 warga pendidik di daerah ini menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer di Klinik Kesihatan Bandar Jerantut hari ini.

Nazri berkata, beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan tersebut.

“Hari saya bersama sebahagian warga pendidik di daerah ini menerima suntikan vaksin bagi meransang imunisasi badan untuk bertindak balas melawan virus Covid-19,” katanya.

Sebahagian warga pendidik yang menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer di Klinik Kesihatan Bandar Jerantut hari ini

Difahamkan, sebahagian besar warga pendidik yang menerima suntikan hari ini adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *