Tambahan empat minit waktu solat Isyak di Pahang

Abdul Rahman

KUANTAN – Jabatan Mufti Negeri Pahang mengumumkan tambahan empat minit bagi waktu solat Isyak di seluruh negeri ini.

Muftinya, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, tambahan empat minit itu dipersetujui selepas berlakunya kesalahan pada janaan data waktu solat Isyak di semua 6 Zon terlibat.

“Tambahan empat minit perlu dilakukan berbanding jadual waktu solat Isyak sebelum ini.

“Perkara ini disedari apabila kita menerima maklum balas daripada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, berlaku kesilapan teknikal melibatkan kesalahan meletakkan default 17 darjah sudut matahari di bawah ufuk oleh pemproses data solat.

“Sehubungan ini, saya mahu perkara ini dihebahkan kepada seluruh umat Islam melalui semua medium agar kita semua dapat solat tepat pada waktunya,” ujarnya. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *