Pekerja lombong maut

Sebuah Toyota Hilux remuk setelah merempuh sebuah treler di Kilometer 22 Jalan Lipis – Merapoh malam tadi

LIPIS – Seorang pekerja lombong terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Lipis – Merapoh, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, pemandu Toyota Hilux, Ng Kong Yuen, 40, dari Padang Tengku, di sini maut di lokasi kejadian manakala anaknya, Ng Haw Min, 5, hanya mengalami luka di badan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah treler membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya CSR.

“Mangsa yang datang dari arah bertentangan telah merempuh bahagian hadapan treler terbabit menyebabkan kenderaan pacuan empat roda miliknya remuk di bahagian pemandu,” katanya.

Menurut, siasatan awal mendapati lampu isyarat di lokasi kejadian dipercayai rosak dan hanya berkelip warna kuning sebagai tanda amaran.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk ujian ‘swab test’ Covid-19 dan bedah siasat,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *