Peneroka dapat rumah baru

Nazri Ngah (kanan) beramah mesra bersama Fadilah di Felda Jengka 8, Jerantut hari ini

JERANTUT – Seorang peneroka tanah rancangan Felda Jengka 8, di sini terharu apabila ada pihak sudi membina semula rumahnya yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Fadilah Saari, 48, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah miliknya hangus dijilat api dalam kebakaran 5 Februari lalu.

“Saya sangat bersyukur apabila ada Allah mudahkan urusan kami sekeluarga untuk membina kediaman baru sebagai tempat berteduh.

“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa para penyumbang apabila mereka sanggup menghulurkan bantuan kewangan kepada kami,” katanya hari ini.

Rumah Fadilah musnah dalam kebakaran 5 Februari lalu

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, sebanyak RM80,000 berjaya dikumpulkan untuk membina rumah baru Fadilah.

“Wang ini adalah hasil sumbangan kerajaan negeri, Felda, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Masjid serta para penduduk Felda Jengka 8,” ujarnya.

Beliau memberitahu, projek membina rumah mangsa telah bermula hari ini dan dijangka siap tidak lama lagi. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *