278 terima Wang Ihsan Mangsa Banjir di Jerantut

Nazri Ngah menyerahkan sumbangan Wang Ihsan Mangsa banjir di Dewan Galeri Mat Kilau, Jerantut hari ini.

JERANTUT – Seramai 278 penduduk di daerah ini menerima Wang Ihsan Mangsa Banjir sumbangan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, penerima wang ihsan berkenaan merupakan mangsa banjir baru-baru ini.

“Kerajaan negeri yang diterajui oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail amat peka dengan kebajikan rakyat terutama mereka yang dilanda musibah.

“Walaupun bencana banjir sudah lama berlalu namun sumbangan masih disalurkan kepada mereka,” katanya ketika menyampaikan sumbangan di Dewan Galeri Mat Kilau, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan menerusi program Ziarah Cakna di Kampung Kelola, Bukit Nikmat Utara dan Hilir serta Durian Hijau.

“Kita telah bantu ramai orang yang susah termasuk pesakit kronik dan program Ziarah Cakna akan diteruskan,” ujarnya. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *