Waspada gelombang kedua banjir di Jerantut

Laluan Jerantut – Lipis ditutup kepada semua kenderaan ekoran limpahan air di Kampung Sepial, Jerantut
Nazri Ngah (kanan) meninjau kawasan banjir di Jerantut hari ini

JERANTUT – Penduduk dinasihatkan berwaspada dengan bencana banjir gelombang kedua yang sedang melanda beberapa kawasan di daerah ini.

Beberapa laluan juga terpaksa ditutup kepada semua kenderaan kerana paras air yang tinggi di atas jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan paras air di beberapa sungai utama meningkat secara mendadak.

“Saya ingin menasihati orang ramai agar berwaspada dengan peningkatan paras air terutama penduduk di kawasan rendah.

“Hari ini saya meninjau beberapa kawasan yang telah dinaiki air dan agensi yang terlibat perlu bersedia sekiranya ada mangsa yang perlu dipindahkan,” katanya hari ini.

Menurut, orang ramai juga perlu mendapatkan maklumat tepat daripada agensi yang terlibat sebelum menyebarkan di media sosial agar tidak wujud suasana panik.

Antara laluan yang dinaiki air termasuk Jalan Jerantut – Lipis, Jalan Pulau Tawar – Durian Hijau dan Kampung Gintong. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *