Tiga laluan tutup di Jerantut

Dua anggota Bomba dan Penyelamat Jerantut sedang meninjau keadaan banjir hari ini

JERANTUT – Tiga laluan di daerah ini ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat banjir.

Laluan tersebut ialah Jalan Jerantut – Lipis di Sungai Kerak, Kampung Paya Garok dan Kampung Gintong.

Dua buah rumah telah dinaiki air di Kampung Teh menyebabkan dua keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Teh manakala sebuah keluarga di Kampung Paya Garok berpindah ke rumah saudara terdekat.

Pihak Bomba dan Penyelamat Jerantut menasihati orang ramai agar menjaga keselamatan diri dan elak daripada bermain air bagi mengelak kejadian tidak diingini. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *