Banjir di kawasan Felda Kota Gelanggi pulih sepenuhnya

Banjir yang melanda kawasan Felda Kota Gelanggi pulih sepenuhnya

JERANTUT – Banjir yang melanda beberapa kawasan Felda Kota Gelanggi kelmarin telah pulih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, semua jalan yang dinaiki air juga sudah boleh dilalui.

“Walaupun air sudah surut namun pemantauan berterusan tetap dilakukan kerana musim tengkujuh baru bermula.

“Tiada mangsa yang dipindahkan kelmarin kerana paras air menurun pada sebelah petang dan tiada lagi hujan lebat selepas itu,” katanya.

Menurut beliau, semua agensi yang terlibat sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan bencana banjir sekiranya berlaku di daerah ini.

“Saya harap semua pihak sentiasa berwaspada di musim tengkujuh ini terutama pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak kecil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Kelmarin, Utusan Timur melaporkan 16 rumah dinaiki air ekoran banjir yang melanda Felda Kota Gelanggi 1.

Beberapa jalan juga tidak boleh dilalui ekoran paras air meningkat dan arus deras sehingga membahayakan kenderaan ringan. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *