Banjir landa Felda Kota Gelanggi 1

JERANTUT – Sebanyak 16 buah rumah dinaiki air ekoran banjir melanda Felda Kota Gelanggi 1, di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Timur hari ini mendapati beberapa kawasan di sekitar Felda Kota Gelanggi 1 hingga 4 dinaiki air.

Beberapa jalan juga tidak dapat dilalui disebabkan paras air yang tidak selamat untuk kenderaan ringan.

Sebuah pacuan empat roda gagal menyeberangi laluan yang di tenggelami air di Felda Kota Gelanggi 1 hari ini

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Felda Kota Gelanggi 1, Abdul Rahman Abdul Ghani berkata, paras air mula naik sejak awal pagi tadi.

“Setakat ini belum ada mangsa yang dipindahkan namun semua penduduk di kawasan rendah diarah berjaga-jaga terutama membawa dokumen penting sekiranya perlu ke pusat pemindahan.

“Kawasan ini selalu kena banjir sebab penempatan mereka berhampiran sungai yang sering melimpah selepas hujan lebat,” katanya hari ini.

Sebuah rumah dinaiki air di Felda Kota Gelanggi 1 hari ini

Menurutnya, paras air dijangka menurun sekiranya tidak berlaku hujan lebat hari ini. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *