Lima buah kedai musnah terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran di Kampung Baru Benta, Lipis malam tadi

LIPIS – Lima buah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Benta, di sini kira-kira pukul 8 malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8 malam.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis dan BBP Raub serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gali bergegas ke lokasi kejadian.

“Empat pegawai dan 19 anggota serta tiga orang daripada PBS Galidengan menggunakan tiga jentera bomba terbabit dalam usaha memadam kebakaran itu.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 8.46 malam dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan malah punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – Utusan Timur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *