Bukit Panau tarikan baharu aktiviti pendakian di Jerantut

Ahmad Nazlan (tengah) bersama Idros (kanan) bergambar di puncak Bukit Panau di Kampung Baharu, Jerantut hari ini

JERANTUT – Bukit Panau di Kampung Baharu, di sini menjadi satu lagi destinasi yang bakal menjadi tumpuan para penggemar sukan lasak.

Lokasinya yang terletak di laluan utama Jerantut – Benta dengan ketinggian 396 meter mampu menarik lebih ramai pendaki ke daerah ini.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, generasi sekarang gemar kepada sukan pendakian kerana ia lebih mencabar dan menyeronokkan.

“Sebelum ini orang ramai berkunjung ke Bukit Seladang, Via Ferrata di Paya Gunung dan Bukit Buluh atau lebih dikenali sebagai ‘Red Forest’ di Padang Piol untuk mendaki namun kali ini mereka boleh mencuba cabaran baharu di Bukit Panau.

“Hari ini saya sendiri dapat merasai cabaran mendaki Bukit Panau bersama komuniti penduduk di sini serta ahli-ahli Seladang Hikers dan Kelab Pencinta Burung Taman Negara,” katanya.

Menurut, Bukit Panau mampu menjadi tarikan baharu untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan ekstrem di daerah ini.

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Pelancongan dan Kesenian Negeri Pahang, Datuk Idros Yahya yang turut melapangkan masa bersama kami hari ini,” jelasnya.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *