SMA Darul Ehyail Maarif terima bantuan awal kebakaran RM15,000

Nazri Ngah (kanan) menyerahkan cek kepada Abdul Ghani di Ulu Cheka, Jerantut hari ini.

JERANTUT – Sekolah Menengah Agama Darul Ehyail Maarif menerima bantuan awal RM15,000 apabila sebahagian bangunannya musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, sebanyak RM10,000 disalurkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Saya turut menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM5,000 bagi meringankan bebanan pihak sekolah.

“Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dijangka mencemar duli untuk melawat lokasi kebakaran Jumaat ini,” katanya selepas meninjau kawasan kebakaran hari ini.

Sebahagian bangunan SMA Darul Ehyail Maarif musnah dalam kebakaran di Ulu Cheka, Jerantut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, sebuah blok asrama lelaki, dewan dan dua kelas musnah dalam kebakaran tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi pengetua sekolah berkenaan, Ustaz Abdul Ghani Abdul Kadir di talian 0136181365. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *