Pokok tumbang di laluan ke Taman Negara Kuala Tahan

JERANTUT 12 Jun – Beberapa pokok tumbang di atas jalan raya di laluan utama ke Taman Negara Kuala Tahan antara Kampung Paya Garok ke Felda Padang Piol, di sini hari ini.

Hujan lebat dan ribut petir yang melanda daerah ini petang tadi menyebabkan beberapa pokok tumbang di atas jalan raya dan orang ramai terpaksa menggunakan bahu jalan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, kejadian tersebut telah dimaklumkan kepada agensi terlibat termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya harap orang ramai lebih berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut bagi mengelak perkara yang tidak diingini,” jelasnya.

Difahamkan, kejadian pokok tumbang sering berlaku di kawasan terbabit setiap kali ribut dan hujan lebat.-Utusan Timur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *