Wan Rosdy teruja terima kad raya daripada rakyat

Wan Rosdy sedang membaca kad raya yang diterimanya di Kuantan hari ini – Gambar dari Facebook Menteri Besar Pahang

KUANTAN 19 Mei – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail teruja apabila menerima kad raya daripada rakyat hari ini.

Kad yang ditulis tangan itu dihantar oleh seorang individu bernama Ainnur Khairiyah Ahmad dari Taman Seri Mahkota Aman, di sini.

Wan Rosdy berkata, beliau amat teruja menerima kiriman itu kerana amalan menghantar kad raya begitu jarang dilihat sekarang kerana umat Islam kini menggunakan media sosial untuk memberi ucapan Selamat Hari Raya kepada keluarga dan kenalan mereka.

Kad raya kiriman Ainnur Khairiyah kepada Wan Rosdy

“Ainnur bukan sahaja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri malah turut mendoakan kebaikan untuk saya dan keluarga.

“Saya akan balas kad raya ini sebagai menghargai usaha Ainnur membuat kad raya khas ini,” katanya di laman Facebook rasmi miliknya. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *