200 Anak Yatim Terima Duit Raya

JERANTUT – Seramai 200 anak yatim di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak menerima sumbangan makanan dan duit raya sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Zuridan Mohd Daud berkata, sumbangan tersebut mampu mengukir senyuman para penerima setelah mereka kehilangan orang tersayang sebelum ini.

“Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan kami kepada anak-anak yatim untuk meraikan 1 Syawal tidak lama lagi.

“Kita agihkan sumbangan ini secara berperingkat melalui tiga fasa dan kita harap sumbangan yang diberikan ini bermanfaat kepada penerima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zuridan turut melapangkan masa menziarahi veteran-veteran PAS dan menghulurkan sumbangan kepada mereka. – Utusan Timur

One Comment on “200 Anak Yatim Terima Duit Raya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *