Mayat kakitangan MDL yang lemas ditemui

Tiga anggota bomba membawa mayat mangsa lemas di Sungai Jelai berhampiran Simpang Kuala Kechau, Lipis hari ini.

LIPIS 9 Mei – Mayat kakitangan Majlis Daerah Lipis (MDL) yang dipercayai lemas di Sungai Jelai dekat Tanjung Lipis, di sini ditemui hari ini.

Mangsa, Asri Salleh, 47, dari Kampung Tanjung Lipis dipercayai tergelincir ke dalam sungai berkenaan dua hari lalu sebelum ditemui berhampiran Simpang Kuala Kechau, di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azri Mohd Noor berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 8.45 pagi selepas usaha mencari dan menyelamat bermula lima minit sebelum itu.

“Mangsa dikatakan tergelincir ke dalam sungai ketika ingin mengeluarkan air yang terdapat dalam sebuah bot.

“Operasi mencari mangsa melibatkan empat pegawai, 22 anggota terdiri pelbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta lima penduduk kampung bermula kelmarin,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira lapan Kilometer dari tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *