700 keluarga terima bantuan IKHLAS

Nazri Ngah (kanan) bersama jentera Unit Task Force sedia agihkan bantuan daripada IKHLAS kepada penduduk di Jerantut hari ini

JERANTUT 9 Mei – Sebanyak 700 keluarga di daerah ini menerima sumbangan makanan daripada IKHLAS yang juga jenama perniagaan baharu di bawah AirAsia.com.

Bantuan tersebut diagihkan oleh Unit Task Force yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah.

Nazri berkata, bekalan makanan berkenaan akan diserahkan kepada keluarga yang terpilih di sekitar kampung tradisional dan masyarakat Orang Asli.

“Bantuan ini diinspirasikan daripada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memperbanyakkan program amal di bulan Ramadan,” katanya hari ini.

Difahamkan, sumbangan tersebut dilaksanakan sempena kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ yang dilancarkan oleh Kumpulan AirAsia.

Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari Givewith.Ikhlas.com atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.-Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *