KUANTAN 7 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai sakit jantung.
Berita sedih itu dikongsikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi laman Facebook rasminya miliknya hari ini.
Wan Rosdy turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka sabar menghadapi ujian Allah di bulan Ramadan. – Utusan Timur