JERANTUT 2 Mei – Air Jagung Nikmat Jerantut menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma bagi pelanggannya sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19.
Peniaganya, Ahmad Fahmi Daud, 44, berkata, dia membuat keputusan untuk tidak mengenakan caj penghantaran bagi menghargai pelanggannya.
“Tahun lepas saya niaga di bazar Ramadan namun kali ini terpaksa buat penghantaran terus ke rumah pelanggan.
“Saya jual air jagung ini RM3 sebungkus manakala pelanggan yang membeli 4 bungkusan hanya perlu membayar RM10 sahaja,” katanya kepada Utusan Timur.
Menurutnya, dia hanya menerima tempahan sehingga 120 bungkus sahaja sehari agar tidak berlaku kelewatan untuk menghantarnya kepada pelanggan.
“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang terus penyokong perniagaannya sepanjang tahun,” ujarnya.
Ahmad Fahmi memberitahu, dia bersama beberapa rakannya turut melakukan aktiviti kemasyarakatan dengan menghulur sumbangan air jagung kepada petugas barisan hadapan sebelum Ramadan lalu.
Penghantaran dibuat sekitar bandar ini sahaja dan mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubunginya di talian 0169801643. – Utusan Timur