Roti John Wanda Anje terima tempahan 150 biji sehari

Norhalim Abu menyediakan roti john di rumahnya setiap hari

JERANTUT 26 Apr. – Biarpun tidak dapat berniaga di bazar Ramadan namun Roti John Wanda Anje mampu meraih tempahan 150 biji sehari.

Seorang peniaga, Norhalim Abu berkata, dia terpaksa memasak roti john di rumahnya sebelum menghantar kepada pelanggan di sekitar bandar ini serta kawasan perumahan berhampiran menggunakan tiga orang ‘runner’.

“Kita akur dengan arahan kerajaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) angkara wabak Covid-19 namun saya terpaksa hadkan kepada 150 biji sahaja setiap hari.

“Kami masih mengekalkan harga seperti sebelum ini iaitu RM6 bagi roti john ayam dan daging manakala RM10 untuk tambahan cheese dan sambal hitam,” katanya kepada Utusan Timur hari ini.

Roti John Wanda Anje tetap dapat sambutan walaupun tidak dijual di bazar Ramadan.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat tempahan melalui aplikasi Whatsapp di talian 0199974869 dan penghantaran akan bermula pada pukul 4 petang.

“Alhamdulillah, ini tahun kelima saya berniaga roti john dan sambutan sangat menggalakkan,” jelasnya. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *