Pelancong Jerman terima bantuan selepas terkandas di Taman Negara

Abdul Jalil (kiri) menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada Thomas Hanry di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut semalam

JERANTUT 19 Apr. – Seorang pelancong dari Jerman yang terkandas di Taman Negara Kuala Tahan, di sini turut menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, Thomas Hanry, 54, menerima bekalan makanan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri semalam.

“Hanry tiba di Kuala Tahan pada 16 Mac lalu untuk menghabiskan masa bercuti hampir tiga minggu di sini.

“Dia sepatutnya ke Thailand pada awal April lalu namun tidak dapat ke sana ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada Utusan Timur hari ini.

Abdul Jalil memberitahu, Hanry mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin tentang nasibnya.

“Kita akan pantau dia sepanjang PKP ini dan sedia membantu sekiranya Hanry memerlukan sebarang bantuan,” jelasnya. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *