Orang Asli terima bantuan makanan

Ahmad Nazlan (tengah) bersama para petugas Jakoa menyerahkan sumbangan kepada penduduk Orang Asli di Kampung Paya Petai, Jerantut hari ini.

JERANTUT 19 Apr. – Penduduk Orang Asli di kawasan Parlimen Jerantut turut menerima bantuan makanan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agihan bantuan ini menunjukkan kerajaan begitu prihatin mengenai nasib masyarakat Orang Asli yang turut terjejas ekoran PKP yang dilaksanakan seluruh negara bagi menangani wabak Covid-19.

Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat Orang Asli kerana mereka juga memerlukan bantuan seperti orang lain.

“Hari ini saya bersama beberapa petugas dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli di Kampung Paya Petai dan Paya Lintah.

“Kita harap bantuan ini dapat sedikit sebanyak menampung keperluan mereka dalam tempoh PKP ini,” katanya.

Menurutnya, beliau juga berharap agar masyarakat Orang Asli di daerah ini khususnya dapat mematuhi arahan PKP demi kebaikan bersama. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *