
KUANTAN 4 Apr. – Warga emas menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19 di negeri ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah berkata, lelaki berusia 61 tahun itu yang menghidap diabetis sebelum ini meninggal dunia antara pukul 11 hingga 12 tengah malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
“Mangsa menjalani rawatan sejak 17 hari lalu selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot setelah disahkan positif COVID-19,” ujarnya.
Difahamkan, mangsa mempunyai kontak rapat dengan kluster tabligh dan kluster luar negara sebelum membuat saringan COVID-19. – Utusan Timur