Covid-19 : Pondok Kebabom ‘ghairah’ bantu ansaf

Pemilik Restoran Pondok Kebabom, Pasir Tumboh, Kamaruzaman Hussien menunjukkan barangan yang diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar negeri ini

KOTA BHARU 4 April – Kira-kira 200 golongan asnaf yang terjejas dengan wabak pendemik Covid-19 menerima sumbangan dari Restoran Pondok Kebabom, Pasir Tumbuh.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian diagihkan kepada penerima dari 20 lokasi terpilih sekitar negeri ini.

Pemiliknya, Kamaruzaman Hussin berkata, sumbangan itu adalah salah satu bentuk sokongan yang dilakukan pihaknya dalam meringankan beban golongan berkenaan di musim ini.

“Kesemua perbelanjaan ini adalah hasil sumbangan dari Tabung Covid-19 yang saya wujudkan untuk membantu golongan terjejas.

“Besar harapan kami agar bantuan ini dapat memberikan kegembiraan kepada penerima dalal menjalani kehidupan sepanjang perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini,” katanya.

Kamaruzaman memberitahu, berhasrat untuk menggerakan lagi tabung Covid-19 sekiranya ada pihak yang sudi berkongsi rezeki bersama Pondok Kebabom.

“Kami sedia menjadi ‘pemudah cara’ kerana mempunyai data yang cukup berkiatan ansaf,” ujarnya-UT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *