UiTM Pahang hasilkan hand sanitizer sendiri

Dari kiri :
Megat Ahmad Kamal Megat Hanapiah, Shaari Daud, Zul Adlan Mohd Hit dan Agustono Wibowo menunjukkan hand sanitizer yang dihasilkan oleh Pusat Pengajian Sains di UiTM Pahang, Jengka hari ini

MARAN 3 April – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang berjaya menghasilkan pencuci tangan (hand sanitizer) pada pertengahan Mac lalu.

Inovatif itu dihasilkan oleh gabungan pensyarah kimia, staf makmal dan pelajar berkolaborasi dari Pusat Pengajian Sains di Pusat pengajian tersebut.

Penghasilan itu dilakukan berikutan kekurangan hand sanitizer yang sangat diperlukan oleh warga kampus bagi menghindari daripada penularan wabak COVID-19.

Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Pahang, Mohd Risham Jaafar berkata, penghasilan produk itu diketuai oleh Prof. Dr. Megat Ahmad Kamal Megat Hanafiah membabitkan satu pasukan yang terdiri daripada empat ahli fakulti dan kakitangan makmal.

“ Mereka terdiri daripada Dr Shaari Daud, Dr Zul Adlan Mohd Hir, Dr Agustono Wibowo, Dr Norshahidatul Akmar Mohd Shohaimi, Hj. Nik Mohd Zamani Nik Ismail, dan dua pelajar pascasiswazah, Muhammad Amirrul Hakim dan Noraini Safar,“ katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, UiTM Pahang bercadang untuk mampatenkan produk ini kerana pengggunaannya boleh digunakan di luar musim pendamik COVID-19.

Tambah beliau,, hand sanitizer yang telah diedarkan kepada semua unit dan jabatan yang memerlukan seperti Unit Kesihatan UiTM diwakili oleh Dr. Nazila Marjan serta Unit Keselamatan dan Unit Pentadbiran diwakili oleh saya sendiri.

Tegasnya, keperluan kepada hand sanitizer ini adalah sebagai penjagaan kebersihan tangan dan juga nyahkuman yang perlu diamalkan semua warga kampus.

“ UiTM Cawangan Pahang mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengamalkan langkah-langkah mudah untuk melindungi diri daripada dijangkiti virus Covid-19.

“ Kita juga sangat komited mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) Fasa 1 dan Fasa 2 bermula 18 Mac-31 Mac dan kini dilanjutkan 1 April sehingga 14 April 2020,“ katanya.

Tegasnya, antaranya memastikan semua mahasiswa berada di kolej kediaman masing-masing dan mematuhi dan menjaga jarak sosial 1 meter antara satu sama lain kerana jarak mampu mengelakkan penyebaran Covid-19.

Sementara itu Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Gunaan ( Sains ) Dr Haji Muzamil Mustaffa menyatakan usaha yang dilakukan oleh kumpulan penghasil ini adalah untuk membantu warga UiTM Cawangan Pahang mendapatkan hand sanitizer bagi kegunaan menyekat penularan Wabak COVID-19 sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
– Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *